Saturday 2 April 2011

SIHIR PEMISAH

APA ITU SIHIR PEMISAH ?
Sihir pemisah ialah perbuatan sihir untuk memisahkan di antara pasangan suami isteri atau menimbulkan permusuhan di antara dua sahabat.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan ibunya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan bapanya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan saudaranya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan sahabatnya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan rakan kongsinya di dalam perniagaan dan lain-lain.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Jenis inilah yang paling bahaya dan banyak berlaku.
APA TUJUAN DILAKUKAN SIHIR PEMISAH ?
  • Menukarkan secara tiba-tiba dari cinta kepada benci.
  • Mendatangkan kebencian antara keduanya.
  • Membangkitkan bermacam-macam kebencian sehingga tiada jalan untuk berbaik semula.
  • Menimbulkan perasaan benci suami-isteri sehingga suami melihat isterinya yang cantik seperti wanita hodoh. Begitu juga dengan isteri. Pada hakikatnya, syaitanlah yang menempel di wajah mereka dengan rupa yang berubah-ubah.
  • Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk melakukan pekerjaan.
  • Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk memasuki rumahnya sendiri. Setiap kali dia masuk dirasakannya begitu sempit.
BAGAIMANA SIHIR PEMISAH DILAKUKAN?

Apabila seorang ingin memisahkan orang lain dari ikatan perkahwinan, dia akan mendatangi tukang sihir (bomoh). Tukang sihir akan meminta nama mangsa serta nama ibunya. Dia juga akan meminta barang-barang lain seperti baju dan lain-lain kepunyaan mangsa. Sekiranya dia tidak berjaya menggunakan cara ini, dicubanya cara lain iaitu dengan menggunakan air lalu disuruhnya menuangkannya pada jalan tempat laluan mangsa atau memasukkannya pada minuman atau makan mangsanya.

No comments:

Post a Comment