Ayat quran berkenaan rawatan islam

Ayat quran berkenaan rawatan islam

Tuesday, 10 April 2012

ALAT MENGESAN & MENGANALISA 30 PENYAKIT ANDA


 
Quantum Magnetic Resonance Analyzer



Versi Bahasa Inggeris & B. Malayu : 30 laporan penyakit yang tersedia

Ciri-ciri Utama
* Hanya dengan memegang sensor dalam tapak tangan, data kesihatan akan dikumpulkan dalam masa beberapa minit dari pelbagai sistem badan.

* Ramalan tanpa gejala-gejala: kuantum badan analyzerWith hanya 10 atau sel-sel perubahan patologi
* Kelajuan dan ketepatan: Pelbagai petunjuk kesihatan anda boleh diperolehi dalam beberapa minit. * Bukan invasif dan tidak menyakitkan:
* Mudah dan mudah: penganalisis badan kuantum adalah mudah dalam operasi .
* Ia boleh disambungkan kepada komputer untuk menunjukkan proses ujian.
* Senang di bawa ke mana sahaja.
* Sangat sesuai untuk pengamal perubatan Islam dll serta mereka yang terlibat dengan jualan produk kesihatan (MLM / Trading)
30  JENIS PENYAKIT & ANALISA PENYAKIT

1.                     CARDIOVASCULAR DAN SEREBROVASCULAR
2.                     GASTRIK
3.                     HATI
4.                     hempedu
5.                     PANCREATIC
6.                     KIDNEY FUCTION
 7.                    FUNGSI SARAF otak
8.                     Gout
9.                     TULANG
10.                   BONE MINERAL KETUMPATAN TULANG PENYAKIT
11.                   RHEUMATOID INDEKS
12.                   BONE PERTUMBUHAN
13.                   GULA DALAM DARAH
14.                   TRACE
15.                   VITAMIN
16.                   AMINO ASID
17.                   COENZYME SISTEM
18.                   ENDOCRINE SISTEM
19.                   IMUNISASI TOKSIN
20.                   HUMANLOGAM
21.                   HEAVY
22.                   BASIC KUALITI FIZIKAL
23.                   ALLERGY
24.                   SKIN
25.                   EYE
26.                   PROSTATE
27.                   FUNGSI SEKSUAL MALE (LELAKI)
28.                   ELEMENT DARIPADA MANUSIA
29.                   BREAST ANALISIS DATA/ Ovari (PEREMPUAN)
30.                   COMPREHENSIVE ANALISIS DATA

video

 
HARGA PASARAN DI MALAYSIA
RM 1500.00 – RM 1900.00


DAPATKAN DENGAN HARGA PENGEDAR  HANYA

RM 990. 00 sahaja
Jaminan 1 tahun
 Penghantaran melalui Pos, tambah  Rm 10.00

WAHNAN RESOURCES
20A, BANGUNAN LKNP, SIMPANG SONGSANG, TEMERLOH.
019-9885781

Saturday, 21 January 2012

Gambar kursus Perubatan Islam Darul Ansar di Temerloh 15 Jan 2012

Peserta kursus perubatan islam Darul Ansar modul 1 sedang khusyuk mendengar ceramah ustaz Rajab pada 15 Jan 2012, 9.30 pagi - 12.00 tgh. Seramai 30 orang peserta yang terlibat. Modul 2  akan diadakan pada 19 Feb 2012, 9.30 pg-12.00 tgh.

Kursus ini diadakan di Pusat Rawatan Islam, 20a Bangunan LKNP Simpang Songsang, Temerloh. Pusat Rawatan Islam ini dibuka Isnin-Ahad (2.00 ptg - 10.00 mlm), telefon untuk temujanji 019-9885781.


Ustaz Rajab sedang menyampaikan ceramahnya. Pendaftaran masih dibuka kepada peserta yang berminat, call/sms 019-9885781 .

Friday, 16 December 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS DIPLOMA PERUBATAN ISLAM

PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

Pembimbing :

AL-FADHIL USTAZ MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HAJI ABDUL HALIM AL-IDRISI

Musyriful ‘Am Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar

Tempat :

PUSAT RAWATAN ISLAM
NO. 20A, JALAN SRI SEMANTAN1, BANGUNAN LKNP SIMPANG SONGSANG,TEMERLOH, PAHANG (ATAS 7 ELEVEN)  

Tempoh Kursus :

JANUARI – DISEMBER 2012

(KELAS AKAN DIADAKAN 1 X SEBULAN/
PADA HARI SABTU 7.30MLM -11.30 MLM)

Kelas Bermula 15 Januari 2011(9.30 pg - 12.00 tgh)

Yuran:

BULANAN – RM 50.00

Jumlah Peserta:

30 ORANG SAHAJA ( TERBUKA KEPADA LELAKI & PEREMPUAN )

Pendaftaran & Pertanyaan:


PENDAFTARAN DIBUKA MULAI SEKARANG HINGGA 31.12. 2011

sila SMS nama dan no kad pengenalan ke no hp 019-9885781
Hubungi : 019-9885781



MODUL KURSUS


Modul I – Hakikat Kejadian Jin

Sihir  : Pengertian  -  istilah bahasa dan  syara’

Bomoh dan Penghianatannya Ahli Sihir – Kaedah Mendatangkan Jin dan Syaitan Bomoh atau ahli sihir dalam pandangan syariat. Pengubatian & rawatan penyakit sihir menurut syara’. Surah-Surah yang sangat menazabkan jin syaitan. Tanda,sifat,keadaan penggunaan jin/syaitan oleh bomoh

                         
Modul II - Rawatan Penyakit Sihir Dan Saka Menurut Kaedah Islam

Pembahagian (Jenis-Jenis) Sihir

Bagaimana Untuk Mengetahui Cara Sesaorang Itu Disihir Perbezaan Sihir dan Saka Cara Membuang Saka

Modul III - Penyakit Ain, Pukau, Ilmu Tenung dan Was-Was

Pengertian Jenis-Jenis ‘Ain

Kaedah Mencegah dan Merawati Ain, Pukau

dan Ilmu Tenung

Modul IV -  Pagar Rumah Kediaman, Pejabat dan Kampung

Modul V -   Kelebihan Ayat2 Suci Pilihan Dan Surah2 Mustajab

Modul VI -  Rawatan Penyakit Dengan Doa Menurut Islam

Modul VII-  Kelebihan Zikir2 Sebagai Suatu Benteng Yang Ampuh

Modul VII - Bekam

Praktikal

Majlis Pengijazahan.

KURSUS RAWATAN ISLAM & KHIDMAT RAWATAN PERDANA

KURSUS RAWATAN ISLAM &

KHIDMAT RAWATAN ISLAM PERDANA SIRI 2.



PEMBIMBING/PERAWAT :

Gabungan Perawat Islam Malaysia



PENGISIAN:

Prinsip Asas Rawatan Islam, Memahami Alam Jin,

Tanda-tanda Gangguan, Kaedah & Praktikal Rawatan Cara Islam.



TEMPAT :

Pusat Rawatan Islam

No. 20a, Jalan Sri Semantan1, Bangunan LKNP Simpang Songsang,Temerloh, (Atas 7 Eleven) 



TARIKH/MASA :

24 DISEMBER 2011 (Sabtu)

9.00 pg - 1.00 ptg (Kursus)

11-00 pg - 2.00 ptg (Rawatan)



BAYARAN:

            RM 50.00 - (Kursus Rawatan Islam)

            RM 25.00 - (Rawatan Islam Perdana sahaja)



SIAPA PATUT HADIR:

-         Terbuka kepada Lelaki dan wanita.

-         Pesakit Gangguan jin, saka, santau, sihir dll.

-          


PENDAFTARAN KURSUS & RAWATAN ISLAM PERDANA
Hubungi : 019-9885781

Sunday, 20 November 2011

RAWATAN ISLAM PERDANA SIRI 1

Gabungan Perawat Islam Malaysia

Tarikh : 26 & 27 November 2011
Hari    :  Sabtu & Ahad
Masa   : 2.00 ptg - 7. 00 malam

Lakasi : Bilik Rawatan Islam
20a, Bangunan LKNP Simpang Songsang,
Jalan Sri Semantan 1,
Temerloh.
( Atas kedai 7 eleven )

Tel ; 019-9885781

Friday, 17 June 2011

HUKUM BELAJAR ILMU ISIM

PERKONGSIAN MASALAH:

Saya ada mempelajari ilmu isim. Ia menyeru nama syeikh-syeikh tertentu yang digabungkan dengan ayat-ayat al-Quran. Setelah diamalkan memang ada sesuatu yang menggerakkan badan, menyebabkan saya boleh bersilat dan sebagainya. Saya juga boleh mengubati orang sakit.
Ilmu ini mengandungi pantang-pantang tertentu yang tidak boleh dilanggar. Ada kawan yang melanggar pantang dan menjadi gila.

PERKONGSIAN JAWAPAN:
Islam menyuruh umatnya agar sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apa keadaan sekalipun. Ketika berdiri, duduk dan sebagainya. Di antara tanda-tanda kebahagiaan ialah apabila seseorang itu berupaya mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, juga dalam keadaan susah. Kerana itulah zikir itu dianggap penting dalam usaha mengingati Allah s.w.t .

Atas keyakinan dan ajaran seumpama inilah maka masyarakat Melayu pada umumnya menganggap bahawa sesuatu amalan yang terangkum dalamnya zikir sama ada yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan sebagainya adalah amalan yang baik. Keyakinan seumpama ini dipergunakan atau diperalatkan oleh iblis dan syaitan yang jelas tidak dapat dilihat mata, ataupun oleh manusia yang bersifat jahat seperti iblis dan syaitan untuk menipu manusia, iaitu dengan cara menggunakan kalimah-kalimah yang mengandungi nama-nama Allah, nama-nama rasul atau nabi, nama-nama malaikat, ataupun nama-nama pahlawan Islam terbilang dalam usaha atau amalan yang menyesatkan.

Pada hakikatnya, zikir-zikir yang tersebut dalam amalan kebatinan termasuk ilmu isim seperti yang saudara pelajari tidak membuktikan atau memastikan bahawa amalan yang dilakukan itu benar tidak menyalahi ajaran Islam. Hal seumpama inilah ada kalanya melahirkan kekeliruan mereka yang mengamalkan, juga mereka yang cuba membanteras amalan ajaran sesat.

Dalam masa yang sama, tidak semua mereka yang menurunkan atau memberi ijazah amalan kebatinan tersebut, yang terdiri daripada guru-guru itu sendiri menyedari bahawa amalan yang diperturunkan itu melibatkan makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada jin-jin.
Terdapat pelbagai nama yang diberi, kaedah-kaedah pembelajaran yang dilalui yang melibatkan ilmu kebatinan, tetapi hakikat amalannya adalah sama.
Seorang pemuda yang saya temui telah menerima ijazah ilmu kebatinan mempertahankan diri daripada sepupunya yang berasal dari tanah seberang.
Setelah diijazahkan, dia diminta membaca syahadah seberapa banyak mungkin. Tidak lama selepas itu, iaitu dalam masa lebih kurang empat atau lima minit, ia merasakan tangannya bergerak ke hadapan dengan sendiri. Rasa denyutan berlaku di hujung-hujung jari, lalu ia dengan sendirinya mendepa ke kanan dan mengangkatnya ke atas. Begitu juga yang dialaminya pada kakinya, menyebabkannya menjadi kaku menegak.
Ketika mula beramal, gurunya berpesan agar menurut apa yang berlaku pada dirinya. Dia hendaklah membisikkannya dalam hati agar menurut sahaja apa yang terjadi, jangan gunakan akal. Ketika menghadapi masalah ataupun didatangi oleh seseorang yang sakit, jari-jari tangan kanannya akan tergenggam sendiri.
Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur yang mempelajari satu jenis silat ketika di kampung telah disuruh membaca al-Fatihah dan selawat oleh gurunya. Setelah belakangnya ditepuk, yang disertakan dengan bacaan-bacaan yang tidak kedengaran jelas olehnya, ia merasakan kaki dan tangannya bergerak dengan sendiri, seolah-olah ada satu tenaga luar masuk bergerak perlahan mengalir dalam anggota menyebabkan berlakunya demikian.
Pesan daripada gurunya ialah supaya membiarkan segala pergerakan yang berlaku dalam tubuh, jangan ditahan.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini setelah mempelajari ilmu tadi ialah berlakunya pergerakan yang terus-menerus terjadi pada tangannya biarpun ketika sedang tidur. Ia merasakan seolah-olah bangun dan bersilat tanpa berhenti. Ketika membuka mata, ia mendapati badannya tidak bergerak, hanya perasaannya sahaja yang mengalami pergerakan tadi.
Tidak lama selepas itu ia mengalami mimpi-mimpi ngeri, mimpi dikejar oleh makhluk-makhluk yang menakutkan, menyebabkannya terasa gementar. Terasa seolah-olah nyawa sentiasa dalam bahaya. Di waktu siang ia terasa mengantuk dan terpaksa tidur antara tiga hingga empat jam tetapi badannya tetap letih.

Satu perkara yang paling membimbangkan ialah kesukaran hendak tidur malam. Kerana itu badannya sentiasa terasa letih, mengantuk dalam kuliah, menyebabkannya tertidur, dan tidak terjaga kecuali setelah habis kuliah. Ia juga sering menguap ketika bermain bola sepak dengan kawan-kawan di padang.
Pelajar ini merasa hairan bagaimana peristiwa buruk yang sama sekali tidak disangka boleh terjadi, pada hal zikir-zikir yang diamalkan dirasakan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, yang terdiri daripada syahadah, subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.
Punca penyakit ataupun masalah yang dihadapi olehnya sukar dipastikan. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang ia mengalami gangguan fizikal, kerana doktor-doktor pakar mengesahkan yang dia tidak menghadapi apa-apa masalah. Mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional memberi pendapat yang berlainan, ada yang menyatakan kerana gangguan saka, kena santau dan sebagainya.
Seorang pemuda yang tinggal di Keramat mengakui mengamalkan satu jenis zikir tertentu. Semenjak mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan itu, beliau mengalami kesukaran yang teruk untuk mendirikan sembahyang. Beliau bukan sahaja merasa sukar untuk melafazkan kalimah ``Allahu Akbar'' tetapi juga sukar untuk membaca al-Fatihah, juga lain-lain bacaan. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang menekan hatinya manakala lidah terasa keras untuk melafazkannya.
Dalam hatinya sentiasa wujud bisikan-bisikan yang membimbangkan sama ada ketika sembahyang atau di luar sembahyang. Sejak berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, beliau semakin jauh daripada masjid, kecuali untuk sembahyang Jumaat, tetapi ia tidak berdaya mendirikan sembahyang sunat. Ibadat-ibadat lain, seperti membaca al-Quran dan zikir terus ditinggalkan.
Pemuda ini menyatakan amalan yang pernah diamalkan terdiri daripada zikir-zikir dan amalan seperti istighfar, dua kalimah syahadah, selawat, al-Fatihah kepada Nabi s.a.w, ibu bapa, semua wali Allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru juga kaum muslimin dan muslimat.
Ketika beramal pelajar perlu bertafakur. Ingat dalam hati dan mengaku dosa yang dilakukan (ikrar), takut kepada Allah akan azab-Nya (khauf), mengharap rahmat-Nya di dunia dan akhirat (raja') dan mengetahui ilmu Allah terlalu luas (ilm). Banyak lagi bacaan yang perlu diamalkan. Akhir sekali baru memberi salam dengan memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dan berdoa dengan apa-apa doa yang disukai, yang diakhiri dengan bacaan al-Fatihah sekali dan diakhiri dengan doa Fatihah sebagai penutup doa.
Niat seseorang itu mempelajari ilmu seperti ini mungkin benar untuk menghampirkan diri kepada Allah atau menuntut ilmu kebatinan, yang termasuk dalamnya ilmu isim iaitu untuk rawatan, mempertahankan diri dan sebagainya, manakala bacaan iaitu wirid-wirid yang diamalkan itu benar tidak salah dan tidak menyeleweng, tetapi apabila amalan seperti ini digabungkan dalamnya dengan penglibatan makhluk-makhluk halus, akhirnya berlakulah pelbagai masalah yang di luar dugaan.
Tidak mudah akal berfikir bagaimana orang yang tidak pernah mempelajari ilmu persilatan, boleh bersilat hebat, menumbuk kanan kiri, lompat sana sini hanya dengan berzikir dan ``ijazah'' daripada guru semata-mata, pada hal pada masa yang lain, sekiranya ``objek'' luaran itu tidak meresap dalam badan, orang yang berkenaan langsung tidak boleh bersilat, juga tidak boleh melakukan rawatan.
Allah s.w.t menjelaskan seperti yang tersebut jelas dalam ayat-ayat al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Allah menyuruh setiap orang itu menjauhinya.
Orang yang mengamalkan amalan seperti yang dijelaskan hakikatnya telah memanggil, membiarkan makhluk ini masuk meresap dalam tubuhnya. Makhluk ini sentiasa menunggu manusia memanggil dan memujanya agar manusia itu sesat. Apabila ini berlaku, dipanggil tanpa disedari supaya meresap dalam tubuh, makhluk ini akan menjadi mudah masuk meresap dalam tubuh manusia.
Sasaran utama makhluk ini ialah pada otak mukh, dan apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan kehilangan fungsi normal otak yang boleh menyebabkan apa yang dikenali sebagai ``gila isim'' oleh masyarakat Melayu. Apabila ia mengganggu hati, seseorang itu akan merasa bimbang, risau, waswas, rasa terlalu gembira dan murung silih berganti tanpa sebab yang jelas.
Mengenai resapan makhluk-makhluk halus dalam tubuh manusia, Rasulullah s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Safiyyah binti Huyai r.a. yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu boleh berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.

Saturday, 11 June 2011

MEMAHAMI SYIRIK DALAM PERUBATAN

Syirik merupakan suatu kezaliman yang besar. Allah SWT telah merakamkan di dalam al-Quran nasihat Luqman terhadap anaknya melalui surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: ”Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan kepada setiap individu muslim untuk mempastikan agar tidak terjebak dalam perbuatan syirik.

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya, apakah maksud syirik sebenarnya? Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk sekutu bagi Allah. Firman Allah dalam al-Quran Surah al-Ma’idah, ayat 72 bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”.

Perbuatan syirik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Syirik jali ialah syirik yang dilakukan secara jelas dan terang yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam lembah kekufuran. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
• Menerusi iktiqad: Contohnya ialah meragui atau menafikan kewujudan Allah dan berkeyakinan bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik dan sempurna daripada sistem dan perundangan yang diciptakan Allah.
• Menerusi perbuatan atau amalan: Contohnya adalah seperti perbuatan menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Begitu juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan memuja kubur atas dakwaan kubur itu keramat atau meminta bantuan bomoh yang menggunakan makhlus halus dalam perubatan dan sebagainya.
• Menerusi lidah atau perkataan: Contohnya adalah seperti menghalalkan perkara haram atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan.

Syirik khafi pula ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik daripada kategori ini banyak berkaitan dengan perbuatan riyak di dalam beramal atau dalam melakukan sesuatu perkara. Rasulullah SAW pernah menasihatkan para sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh para sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah SAW pun menjawab bahawa syirik kecil yang dimaksudkan ialah riyak dalam melakukan amalan.

Syirik Melalui Bomoh

Antara amalan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam pada hari ini yang melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta bantuan bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan makhluk halus dalam perubatan. Sesuatu yang menghairankan ialah semakin dunia menjadi canggih dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, keterlibatan masyarakat dalam hal-hal syirik seumpama ini pun semakin menjadi-jadi dan berleluasa.

Sesuatu yang lebih menghairankan ialah terdapatnya golongan terpelajar di bidang pengajian Islam pun terlibat dalam hal syirik yang seumpama ini. Apakah ilmu yang dipelajari itu tidak boleh dijadikan benteng untuk menyekat diri daripada melakukan syirik kepada Allah? Atau ilmu yang dipelajari hanyalah sekadar untuk ’mencari makan’ semata-mata?.

Larangan meminta bantuan, pertolongan dan perlindungan jin dalam sesuatu perkara sudah pun jelas dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud: ”Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dalam kalangan jin, maka jin-jin itu menambahkan bagi mereka dosa dan kesalahan”.

Kekeliruan juga timbul apabila seseorang bomoh itu menyatakan bahawa yang mendampinginya untuk melakukan perubatan itu bukanlah jin tapi roh para wali seumpama Syeikh Abdul Qadir Jailani yang akan datang meresap dalam tubuh bomoh tersebut ketika upacara perubatan dilakukan. Apa yang lebih menariknya ialah amalan perubatan biasanya dimulakan dengan ayat-ayat suci al-Quran, menyebabkan pesakit yang datang begitu mudah mempercayainya.

Setelah itu iaitu setelah beberapa ketika, ’roh’ para wali yang dimaksudkan itu pun mula masuk ke dalam tubuh bomoh tersebut dan terus berkomunikasi dengan pesakit dengan bahasa Melayu atau dengan loghat Jawa dengan ia memperkenalkan dirinya. Sebagai contohnya, ia mengaku sebagai Syeikh Abdul Qadir Jailani. Amalan seumpama ini dinamakan juga sebagai amalan ’menurun’.

Persoalannya, sejak bilakah Syeikh Abdul Qadir Jailani mengikuti ’kursus’ Bahasa Melayu sehingga dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik? Justeru, semua ini adalah suatu penipuan daripada jin ke atas manusia. Hal ini kerana sesuatu yang pasti ialah alam roh tidak akan bersatu dengan alam ‘syahadah’ dalam kalangan manusia. Oleh itu, sesuatu yang mustahil ‘roh’ akan datang bertemu manusia dalam keadaan sedar dan jaga. Akan tetapi sebaliknya yang datang itu bukanlah roh, namun ia adalah jin!. Lalu sama ada sedar atau pun tidak, seseorang itu telah melakukan syirik kepada Allah dengan meminta bantuan dan perlindungan ‘jin’ dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Sehubungan dengan itu, masyarakat hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap tindakan dan amalan agar tidak terjebak dalam syirik yang membinasakan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapatnya ‘bomoh’ atau pengamal perubatan Islam yang melaksanakan perubatan semata-mata dengan ayat-ayat suci al-Quran yang sudah tentu tidak mendatangkan syirik kepada Allah. Justeru, sebelum berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional, hendaklah terlebih dahulu dipastikan bahawa ia seorang yang berilmu serta tahu hukum-hakam agama dengan baik.

Sekiranya didapati bahawa pengamal perubatan itu boleh bertukar ‘suara’, atau menggunakan kaedah ‘menurun’ dan seumpamanya, maka hendaklah dijauhi daripadanya agar terselamat daripada syirik. Janganlah terpedaya dengan seseorang yang boleh melakukan sesuatu perkara ‘luar biasa’ sehinggakan terus menganggap ia sebagai wali dan keramat. Ingatlah pesanan Imam Syafei yang menyatakan : ‘sekiranya engkau melihat pelaku bid’ah boleh terbang di angkasa, maka janganlah engkau tertipu dan terpedaya dengannya’.